Shuttle terus lajak ke Nuorilang Fall. Tempat ni harus dilawati yer. Sebabnya otw ke Rize Valley tadi...Nuorilang Fall kalau nengok dari atas macam ala-ala Plitvice Lakes di Croatia sana. Tapi semestinya sana lagi cantiklah kan.😀😀😀
Kat sini aku dah start lapar. So kita duduk-duduk sambil makan t/hari.
Ha... tak boleh blah la kan lunch aku cuma makan snickers je.😎😎
Kat sini aku tak gerak ke mana pun. Takat dari atas ni je.
Aku rasalah kan....ada je track kat bawah sana tu.
Tak lama lepas tu aku naik shuttle semula untuk pulang. Otw tu, aku singgah jap ke Rhinoceros Lake.
Tak lama pastu naik balik shuttle untuk keluar dari national park ni.
Walaupun aku rasa macam tak sempat je sehari tapi tetap rasa puas hati dapat nengok sendiri kebiruan air tasik yang aku ingatkan hanyalah khayalan semata. Kalau korang tanya sama ada perlu ke sampai 2 hari kat sini......., aku rasa perlu kot. Itu pendapat akulah.
Maka tamatlah trip yang aku amat harapkan sukses di "Land of fairytales" ni. Memang berbaloi-baloi walaupun mahal sikit entrance fee-nya.
Dalam pukul 4, aku gerak balik. Tapi plan aku nak singgah jap kat satu tempat yang macam menarik minat aku. Dengar katanya....kalau malam, ada persembahan tarian kebudayaan kat sini. Tapi tak dop lah kan kalau winter. Sebabnya, tepat pukul 12 t/malam....dah gelap gelita seluruh kawasan. Even lampu jalan pun tak dinyalanya lampu. 😣
Air sungai ni memang deras yang amat ye. Malam-malam dari hotel aku boleh dengar bunyi arus derasnya. Malam pertama aku ingatkan banjir ke apa ke. La rupanya air sungai ni.
Ni antara hotel yang ada di sana. Kebanyakkannya tak beroperasi sepanjang winter. Adeiii...Contohnya macam Xanadu Hotel yang reject reservation aku seminggu sebelum bertolak. Menggagau aku mencari hotel baru. Nasib baik jumpa.
Xanadu Hotel ni yang ada gambar warna biru kat gambar bawah ni. Hotel aku pula selang 2 ke 3 pintu dari hotel ni. Kalau naik bas dari Chengdu akan lalu depan kedai-kedai ni. Belah kiri korang ye.
Aku jumpa sebuah restoran halal kat sini. tapi sedihla kan sebab tak bukak pun musim winter ni. Kempunan la aku nak merasa Lanzhou noodle.
Ni pun ada gak satu lagi restoren. Tapi aku pulak pelik benda apa yang digantungkannya tu? Rasa aku macam halal. Tapi ntah la. tak berani aku nak cuba.
Finally aku pun sampai. Kalau deret kedai-kedai tadi belah kiri, yang ni belah kanan pulak. Kiranya dari Chengdu korang akan jumpa cultural centre ni dulu--> deret kedai-kedai tadi --> jiuzhaigou national park --> juzhaigou bus station. Cenggitu lah kiranya.
Sekalinya aku hampa...sebabnya haram satu kedai pun tak bukak. Lepas beli sebotol air mineral, aku pun balik ke hotel. Maka tamatlah ceritera aku di Land of Fairytales ni.😊😊