Bunk bed bagi aku cukup privacy dengan power point dan lampu bacaan bagai. Kat sini tak de kettle. Tapi water dispenser ada disediakan disetiap tingkat. Lain-lain macam cafe, common hall, balcony dan macam-macam lagi ada disediakan.
Nasib aku tak berapa nak baik sangat untuk trip aritu sebab ada construction setiap exit metro. Jadinya memang tak boleh pakai la route yang hostel bagi.
Kalau nak ikut route aku ritu--> keluar ikut exit A. Lepas naik tangga......jalan ikut arah belakang korang. Terus je nanti korang akan lalu depan Dorset Hotel. Terus je lagi sampailah korang jumpa persimpangan jalan yang besar di mana korang akan nampak ada 2 bangunan Eurolish Furniture kanan dan kiri. Tengah-tengah tu ada Orange Hotel ye. Korang lintas junction tu ikut bangunan Eurolish Furniture yang belah kanan. Sampai korang nampak ada Zhu Feng Hotel macam gambar kat bawah. Kena masuk entrance tu dan jalan ke belah dalam parking lot. Sebab hostel ni terletak kat parking lot hotel tersebut.
Depan Zhu Feng Hotel ni ada shopping complex yang besar. H&M pun ada.😚
Bila korang nampak je Cloud Atlas Hostel ni, naik 2F ada reception kat atas sana. Ketepikan 100yuan untuk deposit ye.
No comments:
Post a Comment